Archive for January 7, 2009

what’s your answer?

I was once asked on this question:

Ada sebuah kampung yang memerlukan kerja-kerja pelebaran sungai kerana sungai yang sedia ada terlalu sempit untuk menampung kuantiti hujan setiap tahun. Namun begitu, di hujung sungai itu terdapat sebuah perkampungan orang asli yang mana didiami oleh 5 buah keluarga. Sebagai seorang yang berkuasa menentukan kelulusan projek pelebaran sungai tersebut, anda perlu mengambil kira soal keselamatan seluruh penduduk kampung yang sering terjejas akibat banjir yang melanda tidak tentu masa. Namun seandainya kelulusan diberikan, perkampungan orang asli tersebut perlu dimusnahkan dan keluarga-keluarga tersebut perlu dipindahkan. Apakah tindakan yang akan anda ambil beserta sebab-sebabnya?

And I answered:

Sebagai orang yang berkuasa, tentunya saya akan meluluskan projek tersebut. Ini kerana, jika diambil kira dari segi kuantiti, lebih ramai penduduk yang akan menikmati kesan daripada projek tersebut. Saya percaya kita kadang kala perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapat manfaat yang lebih besar dan dalam hal ini, perkampungan tersebut perlu dimusnahkan supaya manfaat dari projek pelebaran sungai itu akan dapat dinikmati oleh komuniti yang lebih besar.

That’s the answer from a 17 years old schoolgirl. And the same girl is now becoming 21 years old and she is now not satisfy enough with her answer. Anyone want to share his/her thoughts??

No comment »